Saturday, August 17, 2019

4 Point Penting - Perkongsian Pengalaman Fertigasi Mini Saya Selepas 15 Hari

Sudah 15 hari saya memulakan dan menjalankan projek fertigasi mini di rumah setelah mengikuti program Wah! Mudahnya Fertigasi di Rumah, anjuran Ecopark UTM.

Dalam tempoh 15 hari ini saya telah berpeluang mendapat banyak pengalaman berharga yang sangat penting. Pengalaman ini saya rasakan sangat penting untuk dikongsikan bersama orang2 lain yang ingin memulakan projek fertigasi mini di rumah.

1. Pemilihan lokasi untuk menamam adalah penting. Mesti pilih tempat yang kena matahari paling banyak kalau boleh. Kalau Sifu Azizul dan Dr. Efa tak kasih tau, saya pun tak ambil berat dan tak tau. Maka saya pun memindahkan lokasi penanaman pokok-pokok ke tempat yang lebih sesuai.


2. Sediakan racun organik untuk spray pada pokok. Ada banyak serangga halus yang menyerang pokok yang baru nak naik. Kemudian pastikan nozzle spray racun organik tu ok. Kalau ok semburan tu akan jadi ok, menyembur secara menyeluruh macam spray air untuk setereka. Cuma setakat seminggu lebih lepas, saya cuma sembur ke pokok cili ke arah pokok dan kena bahagian atas daun. Cuma saya duk perhati mangsa pokok cili ke 3 saya ni sepertinya saya kena spray di bawah daun juga. Pendek kata, nak jaga pokok dari serangan serangga, bakteria dan virus pun kena ada pengetahuan.



3. Setting Timer dengan betul. Periksa dua tiga kali setting yang telah dibuat. Saya maklumkan di sini sebab ada satu setting yang saya silap buat masa saya balik kampung sempena Raya Haji minggu lepas. Setting no. 3 saya set supaya ON setiap hari pada 1 pm. Tapi secara tak sedar setting no. 3 OFF, saya buat (tak perasan) untuk tutup pam pada 1.02pm hari Ahad! Patutlah saya balik lepas raya haji dan tengok tangki baja saya terus kosong. Ini bermakna, pam telah hidup pada 1pm hari Jumaat dan terus on sehingga setting OFF pada waktu off seterusnya, dan bukanlah pada 1.02pm hari Jumaat.

4. Valve (Injap) Piping lupa nak setting untuk salur pada pokok. Semalam tengahari saya bancuh baja A dan B seperti biasa. Penuhlah aras tangki larutan baja. Tadi saya check, setelah lebih kurang 24 jam, aras baja hampir sama seperti semalam. Kenapa pulak? Bisik hati saya. Rupanya valve saya tak set semula untuk siram pokok. Aduhai. Apa lagi saya terus ON kan timer utk salur air baja secara manual sekejap.


So, itu lah 4 perkara penting pengalaman saya bermain-main fertigasi di rumah. Saya rasa sangat penting perkara-perkara ini dan elok saya share, sebab kalau saya pun kena, orang lain saya rasa pun boleh kena. Lebih baik belajar dari kesilapan orang lain. Ye tak?

Selamat berfertigasi di rumah :)

Sunday, August 11, 2019

Status Progres Fertigasi Mini di Rumah Saya

11 Ogos 2019

Saya ingin kongsikan progres fertigasi mini di rumah saya yang tak seberapa dan baru bermula. Pada asalnya saya bermula dengan 10 pasu plastik. Memang saya dapat 10 polibag 16 inci, tapi sebab fertigasi sistem ni nak diletakkan di depan rumah, nak lah nampak cantik sikit. Sebab tu bertukar ke pasu plastic berharga RM2.50 sebijik.

Beberapa hari lepas tu saya tambah 9 pokok lagi. Kali ini kita tambah 4 pokok sawi, 2 pokok kobis dan 3 pokok tomato. Semua pokok ini di tanam dari biji benih.

Khamis lepas iaitu 9 Ogos 2019, saya tambah lagi 10 pokok. Saya buat pembelian tambahan untuk memenuhi tuntutan 10 pokok baru. Kali ni saya tanam 2 pokok timun, 4 pokok cili besar dan 4 pokok lada.

Munggu lepas saya dapati 2 daripada 6 pokok cili api saya jatuh sakit, di percayai serangan whitefly. Daun-daun pokok cili api yang sakit tu gugur dan jadi kerepot. Sifu Azizul nasihat supaya buang terus tapi saya kuarantin kan 2 pokok tu dan spray  dengan racun organik Awesome.

Saturday, August 3, 2019

Memasang Set Fertigasi Mini di Rumah

Day 19 (2 Ogos 2019)

Alhamdulillah, 6 hari lepas kursus, finally saya dapat set up kan fertigasi mini di rumah.

Pada awalnya saya dah plan nak pasang sistem fertigasi di tepi rumah kanan. Dah siap lay pipeline dan juga susun polybag. Namun setelah Konsultan Azizul datang dan komen serta advice, kita pun tukar ke posisi lain. Sebab utama adalah faktor cahaya matahari yang diperlukan oleh pokok yang kita nak tanam.

Monday, July 29, 2019

Progress Projek Fertigasi Mini di Rumah - 2 Hari Lepas Program

Hari ini hari Isnin. Sudah 2 hari sejak saya hadiri Program Wah! Mudahnya Fertigasi di Rumah... Rasa hati berkobar-kobar betul nak start, tapi cocopeat belum sampai, belum dapat. Pihak penganjur tetiba ada hal mendadak yang tidak dapat dielakkan. Maka sedikit tertunda projek fertigasi di rumah. Tak apa.

Semalam ada kawan lama saya, Bob, yang telah register untuk join project ini 2 minggu lepas call saya. Dia kata, dia terlupa nak join program Wah! Mudahnya Fertigasi di Rumah... Dia ceritakan perancangannya untuk cuba buat fertigasi mini di rumahnya sendiri  dulu dan lepas tu nak kembangkan di tanah lot sebelah rumahnya, sekaligus melibatkan komuniti di kawasan kediamannya. Respon saya, wah... memang bagus tu.

Saya pun maklumkan pada penganjur program yang Bob nak satu set fertigasi untuk dia mulakan. InsyaAllah penganjur akan membantu sediakan nanti.

Saya pun berhasrat, dah ada 3-4 kawan-kawan yang sama berminat dan berkobar-kobar, apa kata kita challenge sapa dapat tanam timun dan bendi dengan cepat dan sihat :)

Macam menarik je cabaran ni kan?

Nantikan update saya seterusnya lepas dapat cocopeat dan seterusnya nak set-up fertigasi mini di rumah saya dan tanam terus.

Saturday, July 27, 2019

Teringin Buat Fertigasi di Rumah, Tapi Tak Tau Caranya


Saya sebenarnya teringin nak buat fertigasi mini di rumah untuk menanam sedikit sebanyak sayur-sayuran seperti cili, timun, terung, bendi dan lain-lain untuk kegunaan sendiri. Antara lain tujuannya adalah untuk:
  • Berbakti kepada alam
  • Hasil tanaman bebas dari racun serangga toksik
  • Hasil tanaman halal (tiada baja yang terhasil dari najis haiwan)
  • Hobi menarik
  • Boleh tenang jiwa lepas balik kerja melihat tanaman kita
  • Bantu menambah oksigen ke udara.
  • Bantu kurangkan karbon dioksida dari udara.
  • Tak perlu beli sayur yang di tanam (jimat duit)
  • Kemungkinan dikembangkan ke skala lebih besar... mana tau kan...
Akan tetapi faktor ruang, masa, logistik dan yuran pembelajaran yang tinggi membantutkan perancangan saya. Bukan apa, saya pernah Google dan dapati waktu kursus fertigasi ada yang tak kena dengan masa saya. Kalau pun, lokasi kursus jauh dari tempat tinggal saya. Kalau ada pun, kebanyakan yuran kursus fertigasi agak mahal.

Jadi, bila saya dapat tahu ada satu program "Wah, mudahnya fertigasi di rumah!", saya jadi teruja. Program ini dekat saja dengan rumah saya, pada hari cuti (Sabtu), tak lama sangat (3 jam lebih sahaja) dan yuran yang sangat tak masuk dek akal, iaitu RM10 sahaja.


Saya daftarkan dan share di FB post pasal program ini, maklumlah benda baik, tak kan nak simpan sorang-sorang kan.

Tujuan blog ini

Patutnya saya share kenapa blog ini tiba-tiba di wujudkan. Senang saja. Saya nak mendokumentasikan dan share segala pengalaman menjalankan fertigasi mini mudah di rumah. Blog ini dijalankan secara bersama oleh saya dan rakan baik saya, Zamrin. Kami berdua akan bersama-sama cuba membangunkan fertigasi mini mudah di rumah dengan berbekalkan peralatan yang disediakan dan didapati dari penganjur program "Wah, mudahnya fertigasi di rumah!".

Kami harapkan perkongsian kami dapat memberi inspirasi kepada semua orang di luar sana untuk sama-sama menjalankan fertigasi mini di rumah anda sendiri. Ramai sebenarnya yang sudah berjaya, dan kami juga ingin berjaya juga dalam projek mini kami ini.

Kalau ada komen, pandangan dan nasihat, kami sangat alu-alukan. Maklumlah kami budak baru nak belajar. Kami juga mohon tunjuk ajar dari sifu kami En. Azizul, Dr. Fhairna, Dr. Alafiza, En. Imran, Dr. Johari dan lain-lain yang sememangnya telah berjaya menjalankan fertigasi di rumah.