Saturday, July 27, 2019

Teringin Buat Fertigasi di Rumah, Tapi Tak Tau Caranya


Saya sebenarnya teringin nak buat fertigasi mini di rumah untuk menanam sedikit sebanyak sayur-sayuran seperti cili, timun, terung, bendi dan lain-lain untuk kegunaan sendiri. Antara lain tujuannya adalah untuk:
  • Berbakti kepada alam
  • Hasil tanaman bebas dari racun serangga toksik
  • Hasil tanaman halal (tiada baja yang terhasil dari najis haiwan)
  • Hobi menarik
  • Boleh tenang jiwa lepas balik kerja melihat tanaman kita
  • Bantu menambah oksigen ke udara.
  • Bantu kurangkan karbon dioksida dari udara.
  • Tak perlu beli sayur yang di tanam (jimat duit)
  • Kemungkinan dikembangkan ke skala lebih besar... mana tau kan...
Akan tetapi faktor ruang, masa, logistik dan yuran pembelajaran yang tinggi membantutkan perancangan saya. Bukan apa, saya pernah Google dan dapati waktu kursus fertigasi ada yang tak kena dengan masa saya. Kalau pun, lokasi kursus jauh dari tempat tinggal saya. Kalau ada pun, kebanyakan yuran kursus fertigasi agak mahal.

Jadi, bila saya dapat tahu ada satu program "Wah, mudahnya fertigasi di rumah!", saya jadi teruja. Program ini dekat saja dengan rumah saya, pada hari cuti (Sabtu), tak lama sangat (3 jam lebih sahaja) dan yuran yang sangat tak masuk dek akal, iaitu RM10 sahaja.


Saya daftarkan dan share di FB post pasal program ini, maklumlah benda baik, tak kan nak simpan sorang-sorang kan.

Tujuan blog ini

Patutnya saya share kenapa blog ini tiba-tiba di wujudkan. Senang saja. Saya nak mendokumentasikan dan share segala pengalaman menjalankan fertigasi mini mudah di rumah. Blog ini dijalankan secara bersama oleh saya dan rakan baik saya, Zamrin. Kami berdua akan bersama-sama cuba membangunkan fertigasi mini mudah di rumah dengan berbekalkan peralatan yang disediakan dan didapati dari penganjur program "Wah, mudahnya fertigasi di rumah!".

Kami harapkan perkongsian kami dapat memberi inspirasi kepada semua orang di luar sana untuk sama-sama menjalankan fertigasi mini di rumah anda sendiri. Ramai sebenarnya yang sudah berjaya, dan kami juga ingin berjaya juga dalam projek mini kami ini.

Kalau ada komen, pandangan dan nasihat, kami sangat alu-alukan. Maklumlah kami budak baru nak belajar. Kami juga mohon tunjuk ajar dari sifu kami En. Azizul, Dr. Fhairna, Dr. Alafiza, En. Imran, Dr. Johari dan lain-lain yang sememangnya telah berjaya menjalankan fertigasi di rumah.

1 comment:

  1. Sangat menarik. Harap tuan dapat terus berkongsi ilmu dan pengalaman fertigasi mini di rumah. InsyaAllah bermanfaat untuk ramai orang.

    ReplyDelete