Saturday, August 17, 2019

4 Point Penting - Perkongsian Pengalaman Fertigasi Mini Saya Selepas 15 Hari

Sudah 15 hari saya memulakan dan menjalankan projek fertigasi mini di rumah setelah mengikuti program Wah! Mudahnya Fertigasi di Rumah, anjuran Ecopark UTM.

Dalam tempoh 15 hari ini saya telah berpeluang mendapat banyak pengalaman berharga yang sangat penting. Pengalaman ini saya rasakan sangat penting untuk dikongsikan bersama orang2 lain yang ingin memulakan projek fertigasi mini di rumah.

1. Pemilihan lokasi untuk menamam adalah penting. Mesti pilih tempat yang kena matahari paling banyak kalau boleh. Kalau Sifu Azizul dan Dr. Efa tak kasih tau, saya pun tak ambil berat dan tak tau. Maka saya pun memindahkan lokasi penanaman pokok-pokok ke tempat yang lebih sesuai.


2. Sediakan racun organik untuk spray pada pokok. Ada banyak serangga halus yang menyerang pokok yang baru nak naik. Kemudian pastikan nozzle spray racun organik tu ok. Kalau ok semburan tu akan jadi ok, menyembur secara menyeluruh macam spray air untuk setereka. Cuma setakat seminggu lebih lepas, saya cuma sembur ke pokok cili ke arah pokok dan kena bahagian atas daun. Cuma saya duk perhati mangsa pokok cili ke 3 saya ni sepertinya saya kena spray di bawah daun juga. Pendek kata, nak jaga pokok dari serangan serangga, bakteria dan virus pun kena ada pengetahuan.



3. Setting Timer dengan betul. Periksa dua tiga kali setting yang telah dibuat. Saya maklumkan di sini sebab ada satu setting yang saya silap buat masa saya balik kampung sempena Raya Haji minggu lepas. Setting no. 3 saya set supaya ON setiap hari pada 1 pm. Tapi secara tak sedar setting no. 3 OFF, saya buat (tak perasan) untuk tutup pam pada 1.02pm hari Ahad! Patutlah saya balik lepas raya haji dan tengok tangki baja saya terus kosong. Ini bermakna, pam telah hidup pada 1pm hari Jumaat dan terus on sehingga setting OFF pada waktu off seterusnya, dan bukanlah pada 1.02pm hari Jumaat.

4. Valve (Injap) Piping lupa nak setting untuk salur pada pokok. Semalam tengahari saya bancuh baja A dan B seperti biasa. Penuhlah aras tangki larutan baja. Tadi saya check, setelah lebih kurang 24 jam, aras baja hampir sama seperti semalam. Kenapa pulak? Bisik hati saya. Rupanya valve saya tak set semula untuk siram pokok. Aduhai. Apa lagi saya terus ON kan timer utk salur air baja secara manual sekejap.


So, itu lah 4 perkara penting pengalaman saya bermain-main fertigasi di rumah. Saya rasa sangat penting perkara-perkara ini dan elok saya share, sebab kalau saya pun kena, orang lain saya rasa pun boleh kena. Lebih baik belajar dari kesilapan orang lain. Ye tak?

Selamat berfertigasi di rumah :)

Sunday, August 11, 2019

Status Progres Fertigasi Mini di Rumah Saya

11 Ogos 2019

Saya ingin kongsikan progres fertigasi mini di rumah saya yang tak seberapa dan baru bermula. Pada asalnya saya bermula dengan 10 pasu plastik. Memang saya dapat 10 polibag 16 inci, tapi sebab fertigasi sistem ni nak diletakkan di depan rumah, nak lah nampak cantik sikit. Sebab tu bertukar ke pasu plastic berharga RM2.50 sebijik.

Beberapa hari lepas tu saya tambah 9 pokok lagi. Kali ini kita tambah 4 pokok sawi, 2 pokok kobis dan 3 pokok tomato. Semua pokok ini di tanam dari biji benih.

Khamis lepas iaitu 9 Ogos 2019, saya tambah lagi 10 pokok. Saya buat pembelian tambahan untuk memenuhi tuntutan 10 pokok baru. Kali ni saya tanam 2 pokok timun, 4 pokok cili besar dan 4 pokok lada.

Munggu lepas saya dapati 2 daripada 6 pokok cili api saya jatuh sakit, di percayai serangan whitefly. Daun-daun pokok cili api yang sakit tu gugur dan jadi kerepot. Sifu Azizul nasihat supaya buang terus tapi saya kuarantin kan 2 pokok tu dan spray  dengan racun organik Awesome.

Saturday, August 3, 2019

Memasang Set Fertigasi Mini di Rumah

Day 19 (2 Ogos 2019)

Alhamdulillah, 6 hari lepas kursus, finally saya dapat set up kan fertigasi mini di rumah.

Pada awalnya saya dah plan nak pasang sistem fertigasi di tepi rumah kanan. Dah siap lay pipeline dan juga susun polybag. Namun setelah Konsultan Azizul datang dan komen serta advice, kita pun tukar ke posisi lain. Sebab utama adalah faktor cahaya matahari yang diperlukan oleh pokok yang kita nak tanam.