Sunday, August 11, 2019

Status Progres Fertigasi Mini di Rumah Saya

11 Ogos 2019

Saya ingin kongsikan progres fertigasi mini di rumah saya yang tak seberapa dan baru bermula. Pada asalnya saya bermula dengan 10 pasu plastik. Memang saya dapat 10 polibag 16 inci, tapi sebab fertigasi sistem ni nak diletakkan di depan rumah, nak lah nampak cantik sikit. Sebab tu bertukar ke pasu plastic berharga RM2.50 sebijik.

Beberapa hari lepas tu saya tambah 9 pokok lagi. Kali ini kita tambah 4 pokok sawi, 2 pokok kobis dan 3 pokok tomato. Semua pokok ini di tanam dari biji benih.

Khamis lepas iaitu 9 Ogos 2019, saya tambah lagi 10 pokok. Saya buat pembelian tambahan untuk memenuhi tuntutan 10 pokok baru. Kali ni saya tanam 2 pokok timun, 4 pokok cili besar dan 4 pokok lada.

Munggu lepas saya dapati 2 daripada 6 pokok cili api saya jatuh sakit, di percayai serangan whitefly. Daun-daun pokok cili api yang sakit tu gugur dan jadi kerepot. Sifu Azizul nasihat supaya buang terus tapi saya kuarantin kan 2 pokok tu dan spray  dengan racun organik Awesome.

No comments:

Post a Comment